"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Apa kata 3 hakim yang sokong rayuan kalimah Allah

Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan permohonan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald . Berita semalam baca di sini.
Empat daripada panel 7 hakim memutuskan Mahkamah Rayuan mengambil tindakan tepat mengharamkan penggunaan perkataan itu dalam akhbar berkenaan. Tiga hakim bagaimanapun, memihak kepada gereja.
The Malaysian Insider merekodkan hujah mereka untuk menyokong permohonan gereja. Laporan oleh PENOLONG PENGARANG BERITA, V ANBALAGAN.
Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum
Terdapat beberapa isu serius yang perlu diputuskan apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan, Herald.
Meskipun Mahkamah Rayuan memutuskan bidang kuasa KDN untuk melarang perkataan itu, Malanjum berkata isu berkenaan seharusnya diputuskan Mahkamah Persekutuan.
Beliau berhujah, Herald diedarkan sejak 14 tahun lalu sebelum ia diharamkan KDN.
"Tiada bukti prejudis kepada ketenteraman awam pada tempoh itu dan penggunaan perkataan itu juga tidak dilarang dalam penerbitan lain seperti Alkitab dan kitab suci Sikh.
"Disebabkan itu, gereja berpuas hati dengan keperluan mengikut Seksyen 96 (a) dan (b) Akta Bidang Kuasa Mahkamah untuk membenarkan rayuan.
"Ia perlu ditekankan faktor lain yang perlu diberi pertimbangan khusus adalah darjah kepentingan umum dalam isu perundangan yang dibangkitkan perayu (gereja),” katanya.
Beliau berkata, meskipun kes itu melibatkan seksyen Bahasa Melayu Herald, Mahkamah Rayuan seolah-olah merangkumkan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam semua acara.
"Kebanyakan kumpulan terjejas, seperti komuniti Sikh, walaupun tidak terlibat dalam kes ini,” katanya.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zainun Ali
Zainun, yang menyebelahi Gereja Katolik supaya diberikan peluang untuk membuat rayuan mengkritik tiga hakim mahkamah rendah kerana melangkaui bidang kuasa mereka.
Beliau berkata, hakim Mahkamah Rayuan seharusnya fokus kepada isu perundangan sejak pembetulan, atau sebaliknya, kerana amalan agama menjangkaui kelayakan hakim mengenai fakta dan undang-undang.
"Jawapan di Mahkamah Rayuan tidak jelas kerana mereka tidak mempersoalkan undang-undang atau fakta berupaya membuktikan di mahkamah dengan bukti yang ditampilkan," katanya.
Zainun berkata, kaedah perundangan dilengkapi untuk berdepan hanya fakta utama.
"Mahkamah sekular seperti kita lemah untuk menentukan ketepatan atau keikhlasan kepercayaan agama yang subjektif berkenaan doktrin dan amalan.
"Pertelingkahan seperti itu berada di luar perimeter kompetensi penghakiman.
"Selain itu, apabila fakta dakwaan sejarah dijadikan bukti afidavit dan Internet yang tidak disahkan, tidak boleh diterima.
"Kebenaran tidak seharusnya disalah erti sebagai munasabah," katanya.
Zainun berkata, ini adalah kes yang sesuai diberikan kebenaran rayuan demi kepentingan awam untuk meletakkannya dalam perspektif lebih baik.
"Alasan seharusnya mengatasi segalanya dan semua pihak harus mengamalkan halangan dan memegang kepada kepercayaan dan toleransi agama.
"Amat penting niat baik semua agama dan kaum dibawa berbincang dan diselesaikan dengan baik,” katanya.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa
"Permohonan ini jelas di mana rayuan tidak boleh ditolak kerana semua syarat dipenuhi.
"Hakim tidak seharusnya tergesa-gesa dalam isu ini dan merit mereka masih boleh dipertikaikan," katanya.
Tan berkata, persoalan Perlembagaan seharusnya dijawab Mahkamah Persekutuan.
"Sangat penting untuk dijawab," katanya.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel tujuh hakim berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar bersetuju permohonan untuk mendapatkan kebenaran rayuan berkenaan tidak boleh diberikan kepada Gereja Katolik.
Mereka menolak permohonan rayuan gereja, dengan berkata, Mahkamah Rayuan mengambil tindakan tepat dengan keputusan mereka melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik, Herald. – 24 Jun, 2014.