"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Kumpulan Kristian kecewa hak dinafikan,kekal penderian terus guna kalimah Allah

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) memutuskan untuk meneruskan menggunakan kalimah Allah walaupun Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak rayuan akhbar mingguan The Herald hari ini.
Presidennya, Rev Dr Eu Hong Seng berkata pihak Kristian kecewa dengan keputusan tersebut kerana terdapat kelemahan dalam penghakiman lepas.
"Persekutuan Kristian Malaysia secara semula jadi sangat kecewa bahawa Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran untuk Gereja Roman Katolik untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald.
"Kami terus mengekalkan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan dan hujah dalam membuat keputusannya, begitu kritikal di mana terdapat kecacatan di dalam banyak aspek," kata Eu dalam satu kenyataan hari ini.
Eu juga berkata penganut Kristian akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam ibadah mereka sambil menyifatkan keputusan tersebut hanya terhad dalam kes tertentu.
"Memandangkan keengganan untuk memberikan kebenaran merayu kepada Gereja Roman Katolik, kita akan meneruskan tindakan dan aktiviti kita, menganggap keputusan Mahkamah Rayuan terhad kepada fakta kes tertentu saja," katanya.
Eu juga berkata penganut Kristian mempunyai hak untuk meneruskan penggunaan kalimah tersebut.
"Masyarakat Kristian mempunyai hak untuk terus menggunakan perkataan Allah di dalam AlKitab, ibadah gereja dan perhimpunan Kristian dalam jemaah Bahasa Malaysia kami, seperti yang kita lakukan sebelum ini," katanya.
Eu juga menyifatkan keputusan hari ini memberikan kesan negatif kepada kebebasan beragama penganut Kristian di Malaysia.
"Ia beri kesan negatif yang serius terhadap kebebasan beragama bagi masyarakat Kristian di Malaysia adalah berpunca daripada seluruh pernyataan dan pemerhatian.
"Tapi malangnya Gereja Roman Katolik dinafikan peluang untuk mencabar pernyataan dan permerhatian begitu di mahkamah tertinggi," katanya.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan rayuan pihak gereja selepas empat daripada tiga panel hakim bersetuju menolak rayuan penggunaan kalimah Allah.
Panel hakim menolak permohonan gereja untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan kalimah tersebut dalam terbitan mingguan Katolik, The Herald.
Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama. – 23 Jun, 2014.