"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Kes CD Allah : mahkamah buat keputusan pada 21 Julai 2014

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 21 Julai ini bagi keputusan permohonan seorang wanita dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bagi membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas lapan cakera padat (CD) tentang ajaran agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah. Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof selepas mendengar hujahan daripada peguam Lim Heng Seng dan hujah balas Peguam Kanan Persekutuan, Munahaiza Mustafa Pada 11 Mei, 2008, kementerian berkenaan merampas CD itu daripada Ireland mengikut Seksyen 9 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.