"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Tiga Adun Selangor cadang pinda Enakmen 1988,jaga hak bukan Islam

Tiga Adun Selangor cadang pinda Enakmen 1988, jaga hak bukan Islam


Tiga Ahli Dewan Negeri Selangor meminta Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.
Mereka akan mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor akan datang dengan memastikan umat Islam terjamin daripada sebarang usaha untuk dipengaruhi oleh agama bukan Islam.
Terkejut dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu Persatuan Bible Malaysia semalam, Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran dan Lau Weng San (gambar), yang masing-masing Adun Damansara Utama, Bukit Gasing dan Kampung Tunku berkata, enakmen itu hanya bertujuan mengawal penyebaran agama bukan Islam ke atas orang Islam. – 3 Januari, 2014.