"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Tiada jawapan bijak,veteran Umno pun ambil jalan bodoh

Tiada jawapan bijak, veteran Umno pun ambil jalan bodoh

Hari ini Umno sering dikaitkan dengan korupsi, kesanggungan serta mengambil langkah yang bodoh. Bekas presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersetuju.
Malangnya, sifat-sifat ini akan terus menjejaskan ahli Umno sepanjang hidup mereka tak kiralah jika mereka masih aktif dalam politik atau tidak.
Ambil kes setiausaha Kelab Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub yang memberitahu Utusan Malaysia bahawa pengarang akhbar mingguan katolik Herald, Father Lawrence Andrew (gambar) harus memeluk agama Islam jika paderi itu bertegas untuk menggunakan kalimah Allah di Selangor walaupun melanggar undang-undang negeri itu.
"Veteran Umno bersedia untuk mengaturkan upacara pengislaman beliau pada bila-bila masa setelah paderi itu mendapat hidayah Allah.
"Kami juga akan memastikan beliau menjadi seorang imam dan pendakwah yang berjaya serta dihormati," kata beliau yang dipetik dari akhbar bahasa Melayu milik Umno itu.
Hanya itu sajalah yang mampu Mustapha jawab kepada kenyataan Andrew bahawa undang-undang Islam negeri tidak menjejaskan penganut Kristian. Jawapan yang sama sekali dangkal.
Sebagai ahli veteran sebuah parti yang telah memenangi hati rakyat dengan rundingan dan bukan penumpahan darah, sepatutnya kita mendapat lebih lagi daripadanya.
Tetapi inilah kualiti majoriti ahli Umno hari ini, mereka tidak mampu berdebat dan memberi jawapan berdasarkan suasana. Mereka hanya mampu mengkritik dan rakyat yang tidak bersetuju dengan mereka harus meninggalkan Malaysia.
Dengan sebab yang sama, pegawai Kelab Veteran Umno ini memikirkan bahawa langkah beliau untuk mengajak Andrew memeluk Islam bagi terus menggunakan kalimah Allah adalah bijak.
Yang nyata, seorang menteri Umno yang telah mengganggu urusan negeri mengenai penggunaan kalimah Allah selepas penguatkuasaan Kabinet pada zaman 1980an dahulu.
Beliau bertindak sedemikian kerana mahu menjadi “wira” dalam pilihan raya parti. Tetapi Gereja Katolik bertindak untuk melawan balik dan telah menang di Mahkamah Tinggi pada 2009.
Keputusan itu telah ditukar tetapi undang-undang Islam dalam negeri hanya boleh menjejaskan penganut Islam serta mereka yang ingin memeluk agama Islam.
Selain itu, kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan ketegasan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah Allah di Peninsular Malaysia menjengkelkan juga sangat menarik.
Ianya tidak menjengkelkan apabila Kabinet beliau telah memberi pengecualian kepada penganut Kristian untuk menggunakan kalimah itu pada lewat 1980an.
Yang peliknya, kejayaan kerajaan Barisan Nasional dalam mendapatkan semua rakyat Malaysia untuk belajar berbual, membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia yang membolehkan penerbangan yang lebih murah diantara Peninsular Malaysia dan Malaysia Timur dimana kebanyakan rakyat disana adalah penganut Kristian yang juga menggunakan kalimah Allah.
Andrew hanya perlu menjawab kepada Tuhan, bukan ahli politik yang bodoh dan mengambil rasuah. – 2 Januari, 2014.