"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

MKPN kesali serbuan JAIS,tapi tak kata salah.

2:13PM Jan 6, 2014 - Sumber

MKPN kesali sebuan JAIS, tapi tak kata salah

Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dalam mesyuarat kerja sulungnya hari ini menyuarakan “kekesalannya” terhadap serbuan di Persatuan Bible Malaysia (BSM) yang menyaksikan lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban dirampas.

Majlis yang didokong oleh Putrajaya itu bagaimanapun enggan mengatakan bahawa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu salah atas alasan mereka tidak boleh memihak.

“Seperti seorang bapa, MKPN tidak boleh menyalahkan anak-anaknya tetapi ini dikesali dan tidak boleh berlaku lagi...

“MKPN kesal dengan serbuan dan rampasan Bible itu,"  kata pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman kepada pemberita.

"Ini terang-terang tidak menghormati Penyelesaian 10 Perkara yang dibuat kerajaan pada April 2011 dan ditegaskan kembali oleh perdana menteri pada Oktober 2013."