"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

'Tanpa toleransi,Tahun Melawat M'sia 2014"

11:35AM Jan 6, 2014 - Malaysiakini

'Tanpa toleransi, Tahun Melawat M'sia 2014'

PKR Sarawak memberi amaran, tanpa toleransi agama dan protes terhadap agama lain boleh menjejaskan program Tahun Melawat Malaysia 2014 kerana pelancong asing mungkin takut untuk memasuki negara ini.
 
“Malaysia kini dikenali sebagai salah satu negara dalam dunia yang tidak bertoleransi dalam isu kebebasan beragama, dan jika perkara ini diketahui secara global dan antarabangsa, ketiadaan tolerasi dan protes sudah tentu akan menjejaskan program Tahun Melawat Malaysia 2014,” kata  pengerusinya Baru Bian.
 
Bian diminta mengulas berhubung ancaman beberapa bahagian Umno dan NGO minggu lalu untuk memprotes penggunaan kalimah Allah dalam perhimpunan Ahad mereka.
 
“Lihat pada negara-negara yang tidak bertolak ansur dalam kebebasan beragama dan apa yang berlaku kepada negara-negara itu.
 
“Jika Malaysia terus tiada toleransi beragama, Malaysia akan menjadi seperti negara-negara itu yang tidak dilawati pelancong kerana bimbangkan keselamatan,” katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Ba'kelalan.