"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Gereja Katolik mahu panel penuh hakim untuk rayuan kalimah Allah

Gereja Katolik mahu panel penuh hakim untuk rayuan kalimah Allah

Dengan mengambill kira permohonan bagi kes kalimah Allah pada 5 Mei ini berkaitan interpretasi peruntukan undang-undang, Gereja Katolik menulis kepada ketua hakim negara untuk mendapatkan panel penuh melibatkan hakim daripada kumpulan Islam dan bukan Islam bagi mendengar kes itu.
Salah seorang peguamnya, S Selvarajah, berkata beliau sudah menghantar surat kepada Tun Arifin Zakaria pada Isnin untuk menyampaikan permohonan Gereja Katolik itu.
Dengan isu yang dibangkitkan, Selvarajah berkata, gereja turut mengarahkan mereka mendapatkan panel daripada hakim berbilang kaum dan agama.
"Ini kerana asas peruntukan Perlembagaan berkaitan agama negeri, kebebasan agama minoriti, kebebasan bersuara yang meliputi rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama akan dibangkitkan," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, Mahkamah Rayuan tahun lalu membuat keputusan serius yang melibatkan kebimbangan umum berkenaan hak kumpulan agama minoriti untuk mengamalkan ajaran mereka.
"Komposisi panel di Mahkamah Persekutuan lebih elok jika diberikan keutamaan umum," kata surat tersebut.
Gereja juga turut memaklumkan Putrajaya, Pertubuhan Cina Muslim Malaysia dan enam badan agama berkenaan permohonan mereka.
Mereka membantah dan peguam mereka dijangka mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan.
Setakat ini, persatuan Cina Muslim Malaysia dan tiga badan lain dalam afidavit menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri, bermula 1986 hingga 2009, mengingatkan gereja berulangkali penggunaan perkataan Allah sebagai God dalam penerbitan Herald berbahasa Melayu akan menimbulkan kekacauan di Malaysia.
Mereka berkata, Mahkamah Rayuan membuat keputusan berdasarkan fakta, sedangkan gereja gagal memberikan bukti kukuh terhadap penggunaan perkataan tersebut.
Pihak berkaitan agama Melaka, Kedah, dan Johor juga berkata dalam afidavit mahkamah seharusnya tidak membuang masa dengan membenarkan cuti dan jawapan kepada 26 soalan oleh gereja.
Gereja sudah menyerahkan 26 soalan Perlembagaan, pentadbiran undang-undang termasuk kuasa mahkamah membenarkan menteri dalam negeri melarang penggunaan kalimah Arab Allah.
Soalan itu berkaitan permohonan difailkan peguam mahkamah untuk tidak hadir di hadapan Mahkamah Persekutuan bagu mencabar keputusan Mahkamah Rayuan.
Bercakap kepada pemberita pada 11 Januari lalu, Arifin berkata, permohonan itu akan didengar oleh panel lima hakim.
"Saya sudah melihatnya dan saya tidak merasakan ia meminta panel penuh kerana ia permohonan pengecualian," katanya.
Amalan lima hakim mendengar permohonan hanya bermula sejak Januari 2012, selepas Arifin menyambung tugas.
Meskipun mendengar permohonan merit rayuan, Mahkamah Persekutuan sejak 1994 hanya mempunyai tujuh panel untuk dua keadaan bagi kes pengedaran dadah.
Dengan hakim berbilang kaum dan agama, Arifin akan mampu bekerjasama dengan hakim dari Mahkamah Rayuan dan ia dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan mahkamah melarang penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat bukan Islam di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. - 12. Febuari, 2013.