"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Pemimpin Kristian: Kami bersatu dalam penggunaan nama Allah

Pemimpin Kristian: Kami bersatu dalam penggunaan nama Allah


Di Gereja Mar Thoma Ara Damansara Ahad lepas, pengunjungnya  membaca doa khas untuk Paderi Katolik Rev Father Lawrence Andrew yang kemungkinan didakwa di bawah Akta Hasutan.
Penceramah memberitahu yang hadir, Andrew dalam keadaan tenang menghadapinya dan meminta semua penganut Kristian bersatu mendoakan paderi Katolik itu dan untuk mencapai penyelesaian dalam isu penggunaan perkataan "Allah".
Kenyataan penceramah itu memberikan mesej bahawa isu Allah telah membawa pelbagai aliran dalam Kristian lebih dekat dan pertembungan sekarang bukan antara Katolik dan umat Islam sahaja tetapi keseluruhan penganut Kristian.
Pemimpin gereja daripada pelbagai aliran telah menolak cadangan bahawa perjuangan untuk menggunakan perkataan Allah adalah perjuangan sudi (crusade) gereja Katolik sahaja  tetapi mereka bersatu bahawa penganut Kristian yang bercakap Bahasa Malaysia perlu dibenarkan menggunakan perkataan itu dalam ibadat mereka.
Pemangku Setiausaha Agung National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Malaysia Eugene Yapp (gambar) berkata, bertentangan cadangan kumpulan-kumpulan Islam dan penulis blog pro-kerajaan, ia adalah pendirian kolektif kepimpinan Kristian dalam pelbagai aliran untuk mengekalkan hak menggunakan perkataan itu.
"Penggunaan nama Allah tidak terhad kepada Katolik sahaja.
"Penggunaannya merentasi seluruh penganut Kristian yang bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Bumiputera beragama Kristian," katanya.
Yapp juga berkata, isu Allah memberi kesan kepada masyarakat Kristian keseluruhannya dan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyokong usaha mingguan Herald untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengharamkannya daripada menggunakan perkataan itu dalam penerbitan Bahasa Malaysia mereka.
CFM adalah terdiri daripada tiga komponen – gereja Roman Katolik, Majlis Gereja-Gereja Malaysia dan NECF.
Setiausaha Agung CCM Rev Dr Hermen Shastri bersetuju sambil menambah bahawa semua gereja-gereja di negara ini telah bersatu di atas prinsip bahawa orang Kristian mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka secara bebas dengan aman dan damai seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Ini termasuk penggunaan Bible dalam bahasa yang berbeza.
"Bible digunakan oleh semua orang Kristian sebagai kitab suci dalam apa jua terjemahan dan di negara kita. Bible Melayu yang digunakan oleh komuniti Orang Asli yang bertutur Bahasa Malaysia dan bahasa asli masing-masing," katanya.
Dr Hermen juga berkata, isu Allah telah membawa pelbagai kumpulan Kristian lebih dekat, satu pandangan yang dikongsi oleh Yapp.
"Ia telah membawa kita lebih dekat dan membuat kita bersatu kerana ia adalah mengenai kebebasan beragama," tambah Yapp.
CFM, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan semula sokongan bagi saudara Kristian mereka, dan melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan oleh kumpulan-kumpulan tertentu berkenaan dengan penggunaan istilah Allah oleh masyarakat Kristian di Malaysia.
Mereka juga kesal sikap berdiam diri kerajaan mengenai perkara itu, setelah mengumumkan penyelesaian 10-perkara untuk memenuhi penggunaan Bible Melayu, antara lain, pada bulan April 2011.
"Penyelesaian 10-perkara yang diumumkan oleh kerajaan pada April 2011 sepatutnya menyelesaikan penggunaan Bahasa Malaysia dan Allah dalam Bible.
"Malangnya, kerajaan yang merangka penyelesaian 10-perkara ini senyap mengenainya," kata Pengerusi CFM Rev Dr Eu Hong Seng.
Beliau mengulangi sokongan untuk pengarang Herald Rev Father Lawrence Andrew dan gereja-gereja yang telah menjadi sasaran protes.
"Kami juga berdiri bersama dengan orang-orang Kristian di negara ini yang kesalahan mereka hanya keinginan tulus untuk menyembah  Tuhan dalam bahasa mereka sendiri," tambah Eu.
Beliau menegaskan bahawa 64% daripada orang Kristian di Malaysia tidak ada bahasa lain untuk Bible, doa dan penyembahan mereka, kecuali Bahasa Malaysia.
Pada bulan Oktober 2013, tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Putrajaya untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Herald boleh menggunakan kalimah Allah kerana ia tidak merupakan sebahagian daripada agama Kristian dan amalan mereka.
Gereja kini merayu keputusan itu ke Mahkamah Persekutuan.
Andrew sedang disiasat di bawah Akta Hasutan selepas beliau dilaporkan oleh The Malaysian Insider bulan lalu sebagai berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan perkataan Allah semasa perkhidmatan dalam Bahasa Malaysia mereka.
Beliau memetik Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk setiap agama menguruskan hal ehwal sendiri.
Bagaimanapun, berikutan kenyataan beliau, kumpulan Islam, termasuk daripada Umno, menuntut beliau menarik balik kenyataan itu.
Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) awal bulan ini dan merampas lebih 300 Bible yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Iban dan menahan pengerusi PBM Lee Min Choon dan pengurus pejabat Sinclair Wong.
Dua minggu lalu, NGO Islam membuat bantahan berhampiran sebuah gereja di Klang terhadap hak Kristian melakukan ibadat dalam Bahasa Malaysia dengan menggunakan perkataan "Allah".
Sebelum pilihan raya Sarawak 2011, Putrajaya telah mengesahkan penyelesaian 10-perkara antaranya membenarkan Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan Allah dalam Bible versi Melayu mereka. – 16 Januari, 2014.