"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

PAS dan PKR jadi tikus dalam isu kalimah Allah

Wednesday, January 15, 2014.....bicara dunia

>

PAS dan PKR jadi tikus dalam isu kalimah ALLAH

Takut dikecam mungkin perkara utama yang menyebabkan PAS dan PKR berdiam diri dan membiarkan DAP bertindak solo dalam menuntut hak menggunakan kalimah ALLAH dalam kitab kristian.

Pakatan Rakyat (PR ) perlu berdiri teguh dalam menyatakan sokongannya terhadap hak bukan Islam menggunakan "Allah "

Setakat ini kedua-dua parti politik gabungan Pakatan Rakyat itu sunyi sepi tanpa memberi sebarang sokongan moral kepada DAP. PAS dan PKR dilihat sebagi tunduk kepada kebimbangan terhadap tindak balas daripada masyarakat Islam.

Mengapa PAS perlu takut? Dr Yusuf Qardhawi sendiri telah mengeluarkan kenyataan panjang lebar akan prinsip Allah dalam Islam. Allah adalah tuhan sekelaian alam. Tuhan bagi makhluk di tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi.

Tiada siapa berhak menuntut bahawa ALLAH adalah tuhan bagi sekelompok manusia sahaja. Oleh itu tidak ada apa yang SALAH dalam membenarkan penggunaan kata nama ALLAH dalam kitab kristian.

Adakah PAS lebih percayakan ulama umno daripada Sheikh Yusuf Qardhawi?

Isu kalimah Allah menunjukkan betapa rapuhnya ikatan dalam Pakatan Rakyat dengan PAS mempunyai kelompok besar pro gabungan PAS-umno.

Kedua-dua parti gabungan Pakatan rakyat itu sedar bahawa isu Kalimah Allah adalah satu propaganda umno untuk menunjukkan mereka lebih islamik berbanding PAS walaupun jelas dan nyata tidak ada larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh sesiapa sahaja. Tiada dalam hadis dan tiada juga dalam Al Quran.

Pandangan ulama besar rujuak utama umat Islam masa kini tidak dipakai lagi. PAS tidak harus bersekongkol dengan umno dalam isu ini kerana bagi ulama meraka Yusuff Qardhawi adalah Khawaridj.

Adakah PAS juga mengganggap Yusuff Qardhawi sebagai khawaridj?

Berdiam diri bermakna PAS setuju dengan umno. PAS setuju larangan penggunaan kalimah ALLAH hanya di semenanjung dan tidak di Sabah dan Sarawak.

Islam apakah yang berubah hukum berdasarkan sempadan politik?

Sebenarnya aku bukanlah seorang bijak pandai dalam agama, tapi aku banyak membaca tulisan ulama besar tersohor dunia.

Sebenarnya aku malu menulis begini seolah-olah mengajar para ulama dalam PAS yang nyata berpendidikan tinggi dalam agama.

Hakikatnya mereka lebih mengerti dan memahami akan kesengajaan isu ini. Tetapi ada sesuatu yang menghalang mereka bersuara menentang isu yang jika difikirkan secara mendalam hanya memalukan ISLAM kerana Islam akan dilihat tidak konsisten. Lain hukum di sabah/sarawak, lain hukum di semenanjung, lain hukum di dunia luar.

Apa hukum Islam PAS dalam isu ini?

Anda mungkin juga meminati: