"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Dr Dzul: Rekonsiliasi dwipartisan hadapi kemelut

3:32PM Jan 6, 2014

Demi menangani kemelut ekonomi dan pertentangan agama berterusan, PAS mahu mengangkat semula agenda rekonsiliasi nasional seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata sudah sampai masanya Pakatan Rakyat dan BN secara dwipartisan menentukan langkah menangani pelbagai isu termasuk dua “krisis" itu.

"Serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah mencetuskan satu konflik dan pertentangan agama yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

"Sementara kemelut kenaikan kos sara hidup untuk menangani hutang negara... Pada 2014 ini, ia merupakan ancaman dan jika berterusan dua atau tiga tahun maka ia sudah tidak boleh ditangani oleh Najib dan kerajaan BN.

"Maka kita menyambut usul agenda rekonsiliasi nasional supaya diangkat (semula)... Ia bukan kerajaan perpaduan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS berkata antara cadangan merealisasikan agenda itu ialah membentuk kaukus di parlimen secara dwipartisan dan sidang parlimen khas untuk membincangkan agenda tersebut.

Mahfuz: Sekarang baru nak fikir?

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang kecewa dengan sikap dan pendirian kerajaan yang menurutnya tidak menampakkan kesungguhan mengurangkan kos sara hidup.

Apatah lagi, kata ahli parlimen Pokok Sena itu, pendapatan boleh guna rakyat semakin mengecil ekoran rasionalisasi subsidi yang diperkenalkan oleh kerajaan.

"Apabila diambil subsidi petrol, diesel, gula, menaikkan tarif elektrik dan bakal menaikkan tol sekalipun menteri kata kenaikannya tidak dapat dielak berdasarkan perjanjian konsesi, ini adalah punca kenaikan kos hidup.

"Sebelum naik, sepatutnya fikir apa kesannya (kepada rakyat) tapi bila naik, nak minimakan kesan (kenaikan) kepada rakyat.

"Sekarang baru nak fikir. Rakyat tanggung, kerajaan baru nak fikir. Tak wajar kerajaan membiarkan keadaan ini berpanjangan," kata Mahfuz.
< Sumber >