"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

MKPN tak yakin,tapi harap selesai isu"Allah"

3:14PM Jan 6, 2014

MKPN tak yakin, tapi harap selesai isu 'Allah'


Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) hari ini berkata mereka “tidak yakin” orang tengah dapat memainkan peranan mendapatkan hasil yang damai bagi kedua-dua belah pihak dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Ditanya tentang isu itu, pengerusi majlis yang baru ditubuhkan Tan Sri Samsudin Osman berkata: “Kita tidak yakin, tapi kita berharap.”

“Kita tidak boleh kata kita yakin atau tidak tetapi kita akan bekerja sekeras yang mungkin jika terdapat penyelesaian.... Kita boleh cuba,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung langkah kumpulan Islam dan Kristian berhubung yang berkeras berhubung pandangan masing-masing dalam penggunaan kalimah Allah.

Beberapa kumpulan Islam menolak dengan tegas penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian manakala terdapat juga kumpulan Kristian yang tetap mahu menggunakan dalam acara yang menggunakan bahasa Malaysia.