"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Henti debat isu perkauman dan agama,kata Joseph

Henti debat isu perkauman dan agama, kata Joseph Kurup

e
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup (gambar) meminta perdebatan mengenai isu-isu sensitif yang menyentuh sentimen perkauman dan agama dihentikan demi keharmonian negara.
"Semakin kurang kita bercakap mengenai isu-isu sensitif adalah lebih baik," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan: Perkongsian Pengalaman Kali ke-3 di Putrajaya hari ini.
Menurutnya perbincangan mengenai isu-isu yang positif atau penjelasan terperinci terhadap sesuatu isu adalah lebih memberi manfaat kepada rakyat.
Terdahulu dalam ucapannya Kurup berkata beberapa isu semasa yang gagal dibendung ketika ini mencetuskan ketegangan etnik dan agama, sekaligus menimbulkan kebimbangan kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan seharian.
"Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian turut menguji keutuhan hubungan etnik yang telah terjalin sejak merdeka lagi.
“Saya percaya penyampaian mesej yang jelas kepada rakyat berupaya memperbetulkan persepsi terhadap usaha kerajaan yang mendukung keharmonian," katanya.
Mahkamah Rayuan sebelum ini membuat keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald.
Penerbit majalah itu telah membawa perkara ini untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan yang dijangka bersidang dan membuat keputusan pada 24 Februari.
Sehubungan itu, Kurup berkata semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah tanpa perlu membuat sebarang provokasi.
Dalam perkembangan lain beliau berkata subjek Modul Hubungan Etnik yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi perlu dimulakan pada peringkat persekolahan.
Mengenai persidangan itu, Kurup berkata rumusan daripadanya diharap akan turut memberi idea kepada kerajaan dalam menyediakan 'national blueprint' berkaitan 'unity.'
"Ini salah satu proses yang kita buat untuk menyediakan rangka kerja selain daripada menjalankan sesi dialog di beberapa tempat," katanya.
Persidangan tahunan itu dianjurkan Institut Kajian Hubungan Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.
Ia bagi memantapkan kolaborasi pengajaran dan pembelajaran citra kenegaraan iaitu kursus Hubungan Etnik, Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan Kenegaraan di universiti masing-masing. – Bernama, 19 Januari, 2014.