"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Kit Siang ajak kerjasama PR-BN bincang pelan damai perpaduan negara

Kit Siang ajak kerjasama PR-BN bincang pelan damai perpaduan negara

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang (gambar) menawarkan untuk menjadi orang tengah antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut perpaduan negara.
Penasihat kebangsaan DAP tersebut berkata tawaran tersebut dibuat bagi membincangkan agenda dan pelan induk Perpaduan Kebangsaan untuk membina semula perpaduan negara.
"Memandangkan kerajaan kerajaan yang seolah-olah keliru dengan cara untuk membina semula perpaduan negara, biarlah saya cadangkan pertemuan antara pemimpin tertinggi BN dan PR atas satu agenda dan pelan tindakan untuk ke arah perdamaian kebangsaan untuk membina semula perpaduan negara.
"Biar pemimpin tertinggi daripada BN dan PR bertemu sekitar seminggu dua ini untuk membincangkan agenda dan pelan induk Perdamaian Kebangsaan untuk membina semula perpaduan negara," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Lim tersebut hadir susulan kontroversi terbaru yang tercetus di Selangor selepas Persatuan Bible Malaysia (BSM) diserbu dan beberapa Injil berbahasa Melayu dirampas.
"Kita tidak dapat cari atau dengar daripada Perdana Menteri, malah rakyat tidak tahu sama ada beliau di dalam negara atau di luar negara... Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hanya mencurahkan minyak ke api manakala menteri Kabinet lain lari bersembunyi.
"Ini bukan cara memerintah negara atau menunaikan janji Najib dalam amanat Tahun Barunya, dimana setiap kali tahun baru rakyat hanya akan mendengar lebih banyak daripada kerajaan mengenai cara untuk membina perpaduan negara," kata Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut.
Beliau juga membidas penubuhan Majlis Konsultatif Perpaduan Negara (MKPN) sebagai sesuatu yang tidak memberikan kesan signifikan kepada perpaduan negara ketika pelbagai perkara sensitif timbul ketika ini.
Selain itu, Lim mengecam serbuan yang baru-baru ini berlaku di negeri Selangor oleh pihak Jais yang menurutnya melanggar hak penganut Kristian seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tengahari semalam Jais menyerbu pejabat PBM di Damansara Kim dan merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
Dua pegawai PBM iaitu pengerusinya Lee Min Choon dan Sinclair Wong diarahkan ke Balai Polis Damansara untuk diambil keterangan mereka dan hanya dilepaskan dua jam kemudian.
Susulan insiden tersebut, pelbagai pihak mengecam tindakan Jais.
Malah, Exco agama kerajaan negeri Selangor, Sallehen Mukhyi juga mengakui tidak mengetahui tentang operasi serbuan tersebut. – 3 Januari, 2014.