Walaupun kerajaan pimpinan Umno dilihat bertindak demi kepentingan Islam dalam kes The Herald, kes-kes sebelumnya menjukkan sebaliknya, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar perlembagaan itu berkata, semuanya berubah selepas Umno dan BN hilang penguasaan dua pertiga dalam Parlimen dalam pilihan raya umum 2008.

"Kerajaan Umno berlagak seperti orang Islam yang dilahirkan kembali dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes The Herald, sedangkan ia tidak kurang peduli berhubung hak orang Islam mengamalkan agama mereka," dakwanya.

Abdul Aziz (kiri), sekarang mengajar di Universiti Selangor, membangkitkan kes Meor Atiqulrahman Ishak dan dua lagi melawan Kementerian Pendidikan, yang menyaksikan dua kanak-kanak dimalukan dan dikeluarkan daripada SK Serting, Negeri Sembilan pada 1997 kerana memakai serban.

Murid itu dibuang atas alasan tidak mengikuti peraturan yang dibuat "demi kepentingan dan kesejahteraan warga sekolah dan masyarakat sekitar".

Bapa mereka Syed Ahmad Johari Syed Mohd mencabar arahan Bahagian Pendidikan Deerah melalui semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Seremban dan menang. 

Mahkamah mengisytiharkan peraturan itu bercanggah dengan perlembagaan.