Sesiapa sahaja yang mengambil berat tentang hubungan Muslim-Kristian di Malaysia patut menolak kenyataan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali supaya Bible berbahasa Melayu diharamkan, kata Biskop Dr Paul Tan Chee Ing.

NONEKetua gereja Katolik untuk keuskupan Johor-Melaka itu menyifatkan kenyataan itu sebagai "kesalahan paling nyata"

"Kenyataan ini mesti ditolak semua pihak yang mengambil berat hubungan umat Islam dan Kristian di Malaysia," kata Dr Paul (kiri).

Free Malaysia Today semalam melaporkan Ibrahim sebagai menggesa perdana menteri mengharamkan Bible berbahasa Melayu kerana menurutnya masyarakat Kristian "tidak bersyukur".

"Kita telah bertolak ansur, kita beri mereka kelonggaran. Mereka mahu Bible berbahasa Melayu, kita benarkan... mereka masih tidak berpuas hati," Ibrahim dipetik sebagai berkata oleh portal itu dalam persidangan PERKASA Selangor di Shah Alam.

"Lebih baik kita desak kerajaan dan perdana enteri untuk membenarkan Bible berbahasa Melayu di Malaysia!" katanya lagi, disambul tepukan daripada kira-kira 500 peserta.

Beliau dilapor mengulas pengumuman gereja Katolik yang enggan menyerah dalam menuntut penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya The Herald.