"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Paderi harap sokongan lepasan sekolah mubaligh


21.10.2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan NGO umat Islam digesa mengambil langkah positif dengan menghentikan indroktinasi masyarakat Melayu ke arah radikalisme yang memecahkan dalam isu 'Allah'.
Presiden Persidangan Biskop Katolik, Ketua Biskop Murphy Pakiam ( kanan ) juga berharap ribuan orang Melayu yang mendapat manfaat daripada pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah mubaligh menyokong hasrat Kristian mahu menggunakan kalimah Allah secara damai.
Katanya, penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap The Herald minggu lalu membangkitkan kebimbangan serius terhadap ramai rakyat Malaysia, terutamanya orang Kristian.
"Sebagai presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia, saya dengan ini menegaskan, nyata tiga hakim itu salah faham apabila menyimpulkan kalimah Allah sebagai bukan keperluan atau bukan sebahagian daripada agama Kristian," kata Murphy.
Katanya, sudah berkurun orang Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dan Arab bagi merujuk kepada Tuhan secara damai.
Justeru, tambahnya, kesimpulan hakim boleh dianggap sebagai penafian terhadap hak orang Kristian yang menggunakan bahasa Malaysia.
"Ini mengisyaratkan satu bentuk penganiayaan," kata Murphy.