"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Rakyat Malaysia perlu berpegang kepada kebenaran

Rakyat Malaysia perlu berpegang kepada kebenaran
Masa untuk sedikit kejujuran. Kira-kira 25 tahun lalu apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memansuhkan satu daripada institusi kehakiman yang paling dihormati di Komanwel dan memusnahkan konsep pemisahan kuasa di Malaysia, berapa ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang sangat kecewa dengan campur tangan itu?
Bukan kecewa atau risau, tetapi benar-benar kecewa.
Renung kembali penyingkiran Tun Salleh Abas pada 1988 dan penggantungan Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Seah.
Renung kembali pindaan perlembagaan yang berlaku menerusi Parlimen oleh Dr Mahathir, yang akhirnya mengubah kuasa asas kehakiman daripada beberapa kuasa asalnya.
Tidak segan untuk mengakui bahawa peristiwa yang dipanggil krisis kehakiman pada 1988 hampir tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Majlis peguam mengetuai pertuduhan, sering menerima arahan pentadbiran Mahathir yang mencari keadilan untuk keadilan yang salah.
Veteran pembangkang seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang hampir ketiadaan suara menyatakan bantahan mereka terhadap akibat yang tidak terjangkau terhadap campur tangan Mahathir yang bermotivasikan politik.
Tetapi hanya sedikit yang berminat mendengar apa yang mereka cakap, atau membaca buku tulisan K Das mengenai hari-hari gelap dalam sejarah kehakiman.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, apa yang terjadi kepada Salleh Abas dan rakan-rakannya adalah sesuatu yang tidak diketahui, terlalu terpencil, dan tidak ada kena mengena dengan kehidupan mereka. Hanya segelintir terfikir apa yang mungkin berlaku kepada negara dengan kehakiman yang begitu mudah dipengaruhi dan menurut kata.
Amat sedikit yang khuatir sama ada pada tahun-tahun mendatang, keadilan mereka akan dinafikan kerana pembabitan eksekutif dalam pemilihan dan kenaikan pangkat hakim.
Malah, terlalu sedikit yang terfikir bahawa penghakiman bertulis oleh hakim Malaysia, jika satu hari nanti dibawa untuk pencerahan, kecekapan dan keadilan, akan digambarkan sebagai kerja kitar semula.
Barangkali, semakin ramai rakyat Malaysia akhirnya terpaksa terfikir mengenai kehakiman di negara ini selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober berhubung isu Allah.
Mungkin kini, rakyat Malaysia akan faham mengapa nama terkenal seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Suffian Hashim sangat bimbang mengenai apa yang berlaku pada 1988. Mereka faham riak kesan yang akan berlaku kepada masyarakat pada masa depan. Mereka faham kesukarannya untuk memperbaiki institusi yang sudah dipecah-pecah dan dimusnahkan.
Ini kenyataan Tun Suffian beberapa tahun lalu:”Saya menjangkakan sistem kehakiman kita akan mengambil masa yang sangat lama untuk pulih daripada serangan itu. Kini sudah lebih 12 tahun berlalu, saya sangsi kehakiman itu akan pulih dalam tempoh satu generasi daripada hari ini,” kata bekas ketua hakim itu pada tahun 2000.
Tepat sekali jangkaannya. Malangnya, hanya sedikit rakyat Malaysia yang benar-benar risau dengan apa yang Dr Mahathir lakukan terhadap sistem kehakiman pada 1988. Kebanyakan kita yang lain hanya menelan kelentong mengenai kestabilan, pertumbuhan ekonomi. – 21 Oktober, 2013.