"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Nazri Aziz:Kristian sabah,Sarawak dilarang guna Allah di Semenanjung

Nazri Aziz: Kristian Sabah, Sarawak dilarang guna Allah di Semenanjung

Nazri Aziz: Kristian Sabah, Sarawak dilarang guna Allah di Semenanjung

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menambahkan lagi kekeliruan dalam isu kalimah Allah apabila berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak perlu patuh kepada undang-undang diamalkan di Semenanjung Malaysia yang tidak membenarkan kalimah Arab itu digunakan oleh bukan Islam apabila berada di sini.
Menteri Pelancongan itu berkata, warga Semenanjung yang ingin berkunjung ke Sabah dan Sarawak juga dikehendaki patuh kepada peraturan imigresen dan adat budaya mereka di sana.
"Di Semenanjung, kalimah Allah merujuk kepada Tuhan orang Islam malah di Semenanjung juga, Bible digunakan dalam bahasa Inggeris.
"Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak perlu mematuhi peraturan di Semenanjung. Saya sendiri membantah jika kalimah Allah digunakan di Semenanjung.
Nazri berkata, tidak tepat jika Roman Katolik di sini mengaku kalimah Allah sudah lama digunakan dan perkara itu tidak benar sama sekali.
Katanya, Bible yang digunakan di Semenanjung adalah dalam bahasa Inggeris dan kitab Injil dalam bahasa Melayu digunakan di gereja perlu dicop oleh kerajaan menyatakan hanya digunakan oleh penganut Kristian.
"Istilah Bible dalam bahasa Melayu di sini menggunakan perkataan Tuhan jadi kenapa hendak guna kalimah Allah. Ia tidak diamalkan di sini.
"Saya menggesa penganut agama selain Kristian jangan terbabit dalam isu ini kerana ia antara Kristian dan Islam. Maka jangan bersekongkol kerana isu ini sangat sensitif.
"Jika kita risau Kristian di Semenanjung melakukan demonstrasi. Perkara sama juga boleh dilakukan oleh umat Islam," katanya.
Pada majlis itu, Nazri turut menegaskan akhbar mingguan Katolik, Herald tidak boleh disamakan dengan Bible kerana kitab suci itu adalah keperluan bagi penganut Kristian.
"Kita tahu Bible hanya akan digunakan di gereja dan di rumah orang Kristian. Herald bukan kitab. Ia adalah majalah. Pengedarannya perlu mendapat kebenaran Kementerian Dalam Negeri.
"Herald tidak sama dengan Bible. Kita menghormati Bible kerana ia kitab agama dan digunakan oleh penganut Kristian.
"Bible keperluan orang Kristian dan Herald tidak. Jika Herald penting kepada penganut Kristian ia seharusnya digunakan seluruh dunia termasuk Roman Katolik di Itali," katanya. - 22 OKtober, 2013.