"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Arahan haramkan nama Allah kekal,jangan alih isu,kata Zahid

Malaysia henti kemudahan VOA kepada pelancong Iran


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengekalkan keputusan yang dibuatnya pada tahun 1986 untuk menghalang  penggunaan perkataan Allah bagi menggantikan nama 'God' untuk penerbitan bukan Islam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menolak cadangan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman untuk membatalkan keputusan itu dengan berkata, tidak perlu mengalihkan isu itu.
Abu Talib ketika bercakap dengan The Malaysian Insider berkata, isu ini akan selesai jika keputusan 1986 yang menghalang Kristian menggunakan perkataan Allah untuk menggantikan 'God' itu dibatalkan.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas kenyataan bercanggah yang dibuat oleh pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang menghalang penggunaan nama Allah  bagi menggantikan nama 'God' oleh akhbar Katolik, Herald.
Ahmad Zahid  berkata hari ini, semua pihak perlu fokus kepada keputusan oleh Mahkamah Rayuan.
"Apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan perlu dihormati oleh semua pihak. Mana-mana pihak yang tidak setuju boleh membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan," kata Zahid dalam sidang media di pejabatnya dekat Putrajaya petang ini.
"Kami di KDN mematuhi dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan. Tidak perlu alihkan isu dengan mengaitkannya dengan arahan kementerian pada 1986 lalu," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Arahan itu bukan sahaja mengharamkan perkataan Allah bagi menggantikan nama 'God' dalam semua penerbitan bukan Islam tetapi juga perkataan Kaabah, Solat dan Baitullah.
Bagi Abu Talib, jika arahan ini ditarik balik, termasuk arahan pengharaman penggunaan nama Allah dalam Herald, semua perbincangan ini akan menjadi akademik sahaja.
Sebelum bertemu media,  Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Menteri Imigresen Australia, Scott Marrison.

Kedua-dua mereka berbincang pelbagai isu termasuk pemerdagangan manusia. – 24 Oktober, 2013.