"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Walaupun tidak bertaring,MCA boleh selesaikan isu kalimah "Allah"kata DAP

Walaupun tidak bertaring, MCA boleh selesaikan isu kalimah ‘Allah’, kata DAP


Jika MCA tidak mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa mengenai isu kalimah “Allah”, sekurang-kurangnya mereka boleh menghalang Umno Selangor untuk tidak menggalakkan permusuhan di antara Muslim dan penganut Kristian, kata ahli parlimen pembangkang.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai harus berdepan dengan rakyat dan menghalang Umno Selangor daripada menganjurkan roadshow di Selangor dengan tujuan "mendidik" Muslim.
"Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor, Liow sepatutnya meminta rakan sejawatan dari Selangor Umno, Noh Omar untuk menghentikan kemarahan rakyat Muslim," kata Pua.
Noh telah merancang 30 roadshow untuk "mendidik" Muslim di Selangor tentang Enakmen 1988 Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) ekoran isu penggunaan kalimah "Allah".
"Tujuan roadshow tersebut adalah untuk menggalakkan Muslim bermusuhan dengan penganut Kristian yang hanya mempertahankan hak mereka untuk mengamalkan agama mereka mengikut bahasa ibunda," tambah Pua
Pua berkata MCA harus sedar bahawa tiada satu pun parti daripada Pakatan Rakyat (PR), iaitu PAS, DAP dan PKR yang mempromsikan ketegangan agama di jalanan, tidak seperti Umno.
Ahad lalu, Noh mengetuai 1000 ahli Umno di Hulu Selangor untuk berarak demi membantah penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut Kristian.
Pada akhir perarakan tu, pembantah membakar patung Paderi Lawrence Andrew, pengarang bagi akhbar mingguan Katolik, Herald.
Pua mengecam bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Chau Soi Lek yang cuba untuk mempolitikkan isu kalimah "Allah" dengan menyalahkan PR.
"Langkah Dr Chua itu adalah sangat tidak bertanggungjawab dan tidak menyumbang apa-apa untuk menyelesaikan isu ini secara membina.
"Isu utama adalah jika MCA benar-benar membantah tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), mengapakah parti tersebut masih bersekutu dengan Umno yang mahu memusnahkan Alkitab?" kata Pua.
Pada 3 Januari, Jais telah menyerbu pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim dan merampas lebih daripada 300 Alkitab dan Bup Kudus.
Pua berkata PR tidak teringin untuk memusnahkan Alkitab, itu semua hanyalah Umno.
"Jika MCA mahu mengambil tempat sebagai ketua dan perwira, mereka harus menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertegas dengan 10-mata penyelesaian yang telah diluluskan oleh Kabinet pada April 2011.
"Kerajaan Dalam Negeri harus diarahkan untuk mempraktikkan undang-undang untuk Alkitab sebagai mana Menteri Besar Selangor telah mengatakan bahawa Alkitab yang dirampas harus dikembalikan sebaik sahaja ia diluluskan."
Pua berkata PR bersedia untuk berdiri bersama-sama MCA jika parti Cina itu boleh menemukan semula keberanian mereka untuk menyelesaikan isu kalimah "Allah".
"Parti yang menganjurkan majlis berisi hasutan dan bantahan terhadap gereja harus dikecam oleh semua," kata Pua.
"Noh dan Umno sedang berkempen secara berterusan untuk memastikan kitab Bible yang dirampas itu dimusnahkan dan tidak dikembalikan," kata Pua.
Pada masa yang sama, mereka juga meminta kitab-kitab itu dan kitab suci agama lain yang menggunakan kalimah "Allah" atau 34 perkataan bahasa Arab lain, dilarang oleh Selangor.
Pua juga berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menawarkan penyelesaian secara tidak berpolitik dan berpihak kepada mana-mana parti mengenai isu ini.
"Abdul Khalid telah menawarkan untuk bekerjasama dengan Putrajaya untuk bersikap adil dan saksama ke atas 10-mata penyelesaian," kata Pua. – 16 Januari, 2014.