"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Rakyat Malaysia perlu ‘muka tebal’ bincang isu agama

OLEH JENNIFER GOMEZ

 Pengkritik menyalahkan kerajaan kerana gagal bertindak tegas terhadap kumpulan konservatif dan terus mencetuskan ketegangan termasuk keengganan menyelesaikan kontroversi kalimah Allah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2014.Pengkritik menyalahkan kerajaan kerana gagal bertindak tegas terhadap kumpulan konservatif dan terus mencetuskan ketegangan termasuk keengganan menyelesaikan kontroversi kalimah Allah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2014.
Koordinator polisi badan bukan kerajaan (NGO) Islamic Renaissance Front (IRF), Julia Sveshnikova (gambar) berkata, interaksi antara-agama berada di bawah ancaman kerana minda orang ramai ditanam untuk kurang menghormati mereka yang berbeza dengan mereka.
“Itu sebabnya ia memberikan loceng amaran apabila golongan agama minoriti terancam di mata agama majoriti, contohnya, sikap seperti itu menyebabkan penentangan terhadap masyarakat Syiah di Malaysia,” katanya di forum awam persidangan penyatuan antara agama CCM di Petaling Jaya.
Sveshnikova merujuk kepada sejarah Yahudi di bawah rejim Nazi yang menanam minda rakyat sehingga menghakis nilai positif manusia terhadap “orang lain”. Apabila rakyat menerima pandangan itu, ia kelihatan cukup untuk membiarkan pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi.
“Ia adalah contoh yang sangat ekstrem tetapi kami bimbang amalan seperti ini tidak patut berlaku di tempat lain,” katanya yang berpangkalan di Malaysia untuk mengkaji politik Islam.
“Kelihatan seperti ada pendekatan ‘telinga nipis’ yang tidak boleh menerima kritikan untuk membincangkan isu kaum dan agama, apabila tiba saat seseorang rasa menyampah atau tersinggung, perbincangan itu terpaksa dihentikan dan undang-undang digunakan,” katanya.
Sveshnikova berkata di sebalik cabaran itu, IRF komited mempromosikan penyatuan dan memupuk keharmonian dan secara berterusan mengadakan kerjasama dengan golongan muda untuk menyebarkan perlindungan dan tidak mendiskriminasi komuniti minoriti.
Persidangan tiga hari di Petaling Jaya itu adalah landasan di mana kumpulan Kristian dan Islam bergabung untuk berbincang cara menganjurkan dialog antara agama dalam negara.
Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sejak beberapa tahun terakhir ini melihat peningkatan tahap tidak toleransi agama yang ditunjukkan kedua-dua pihak dan ini termasuk rakyat biasa serta ahli politik tertentu.
Pengkritik menyalahkan kerajaan kerana gagal bertindak tegas terhadap kumpulan konservatif dan terus mencetuskan ketegangan termasuk keengganan menyelesaikan kontroversi kalimah Allah. – 24 September, 2014.