"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

PAS Bakal Hilang Sokongan Bukan Islam Krn Isu Kalimah Allah?

SATURDAY, JANUARY 19, 2013


Pada mulanya, saya ingat kedatangan kaum bukan Melayu yang rendah pada HKR112 adalah disebabkan HKR112 ini anjuran parti2 politik.

Namun, maklumat terbaru yang saya dapat adalah ianya adalah berkaitan dengan kenyataan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan kenyataan dan pendirian Presiden PAS.

Pihak bukan Islam tidak kira Kristian atau tidak merasa PAS tidak boleh dipercayai kerana pada satu masa PAS kata boleh tiba-tiba masa yg lain PAS kata tak boleh.

Mereka tidak tahu bahawa semua ini adalah hasil dari usaha puak2 Pro Perpaduang yang sangat intim dan sayang dengan UMNO yang menguasai Majlis Syura Ulama PAS.

Hakikatnya, agenda memerangi Kalimah Allah ini adalah juga agenda UMNO. Mereka menggunakan ulama2 upahan mereka untuk menaikkan isu ini di setiap pelusuk negara.

Yang herannya ulama2 upahan ini senyap membisu apabila Najib meluluskan lesen judi bola tempohari.

Pada waktu yg sama ulama2 upahan yang sama diam membisu apabila Najib meluluskan kemasukan bible bahasa Melayu yang dipenuhi dengan kalimah Allah.

Maka, tidak hairalah puak2 PRO PERPADUANG dalam Majlis Syura PAS itu mahu memanjangkan agenda UMNO di dalam PAS.

Maka, mereka sanggup memanggil mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS walaupun Presiden sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak PAS.

Penulis sudah lama mendedahkan sikap dan pendirian Ustaz Harun Din serta peranan beliau menyokong agenda PERPADUANG di dalam PAS. Maka, tak hairalah dalam mesyuarat yg dia panggil isu ini diperbincangkan semula.

Dan bukan dia sahaja yang pro kepada agenda PERPADUANG dalam Majlis Syura Ulama.

Hakikatnya, pendirian yang diambil oleh Presiden PAS TIDAK ADA SALAHNYA mengikut syariat dan hukum Islam.

Sepanjang perbahasan dalam Majlis syura Ulama itu pun tiada siapa berani menyatakan pendirian Presiden berlawanan dengan syariat Islam.

Semua ahli2 PAS patut berterima kasih dengan geng2 PERPADUANG di dalam PAS yang telah berjasa membuang sokongan bukan Islam kepada PAS.

Pada waktu yang sama, isu Kalimah Allah ini TIDAKLAH menyakin kan orang2 UMNO untuk menyokong PAS walaupun secubit. Orang2 Melayu yang kita harapkan menyokong kita atas isu ini akan kekal menyokong UMNO dalam PRU ke 13 kelak.

Apakah masaalah Majlis Syura Ulama PAS yang sanggup mempersoalkan keputusan Presiden PAS walaupun jelas pendirian Presiden PAS itu SELARAS DENGAN ISLAM?

Hanya kerana Harun Din sehati sejiwa dgn agenda UMNO maka PAS wajib meraikan Harun Din.

Selepas ini, ucapkanlah selamat tinggal kepada Negeri Sembilan dan Johor serta mungkin Kedah dan Perak.

Saya lihat sabotaj ulama dalam PAS berlaku semula tahun ini seperti 2004. Pada 2004 golongan2 ulama inilah yang bersemangat untuk mengeluarkan Dokumen Negara Islam.

Hasil dari "usaha" Dokumen Negara Islam itu yang dipacu oleh Ustaz Harun Din, PAS hilang negeri Terengganu serta semua kerusi2 di Pantai Barat kecuali di Kedah dan Penang.

Sokongan kepada PKR juga jatuh menjunam sehingga tinggal hanya satu kerusi Parlimen.

Sekarang ini secara senyap2 UMNO sedang memberi banyak wang kepada gereja2 Kristian. PAda waktu yang sama mereka juga membenarkan ribuan bible melayu yang mengandungi kalimah Allah untuk masuk.

Seluruh ahli PAS patut berterima kasih dengan golongan2 ulama yang konsisten memastikan kekalahan PAS setiap kali pilihanraya.

Dalam PRU 2008, golongan2 ulama ini tidak langsung memainkan apa2 peranan dan hasilnya PAS menang dengan cemerlang.

Kasihan Salahuddin Ayub yang membuat pengorbanan bertanding di Johor akhirnya tersunggkur dengan hasil usaha Harun Din serta beberapa ulama pro perpaduang dalam Majlis Syura Ulama.

Kasihan PAS Negeri Sembilan, kasihan PAS Perak, kasihan PAS Kedah.

Dengan bantuan geng2 PERPADUANG dalam PAS, akhirnya PAS telah masuk perangkap UMNO.

PERANAN HARUN DIN

Saya mendapat maklumat mesyuarat Majlis Syura tempohari tidak dipanggil oleh TOk Guru Nik Aziz. Tapi, saya ingin membawa sejarah penglibatan Harun Din dalam PAS:

1.0 Beberapa minggu sebelum PRU 1999, di saat negeri Perlis berada di ambang kejatuhan ke tangan PAS, Dr Harun Din telah mengumumkan penarikan diri dari bertanding menyebabkan UMNO Perlis mendapat semula momentum dan mempertahankan PERLIS

2.0 Pada tahun 2004, Dr Harun Din adalah yang bertanggungjawab mengeluarkan :Dokumen Negara Islam" yang menjadikan PAS hilang sokongan dan kalah teruk di seluruh Malaysia

3.0 Sejurus selepas pilihanraya 2008, Harun Din yg pertama sekali mengeluarkan kertas kerja meminta PAS bercakap dengan UMNO. Apa sebab PAS nak bercakap dengan UMNO kalau PAS itu adalah musuh kepada UMNO

4.0 Harun Din secara terbuka menentang keputusan Presiden dgn menghadiri konvensyen Kalimah Allah

5.0 Harun Din disokong dengan terbuka oleh Utusan dan media2 UMNO

6.0 Harun Din senyap sunyi bila ada isu agama yang besar yg melibatkan UMNO i.e. isu judi bola dsbnya

Tidak hairanlah tiba2 Ustaz Harun Din boleh berceramah di Masjid Negeri malam ini padahal Tok Guru Nik Aziz dan TG Haji hadi tidak pernah mendapat keizinan untuk bersyarah di Masjid Negeri

Lantaklah. Dah elok2 PAS berada di ambang kemenangan, puak2 perpaduang UMNO ini menghancurkan segalanya seperti tahun 2004.

Terima kasihlah kepada ulama2 PAS kerana menghancurkan PAS              .......Sumber

TULANG BESI