"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

HIndraf kecam kerajaan tidak bertindak terhadap serbuan Jais

Hindraf kecam kerajaan tidak bertindak terhadap serbuan Jais

Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) berpendapat bahawa kerajaan harus bertindak segera dengan cara yang membina untuk menyelesaikan masalah isu kalimah Allah.
Penasihat Nasional Hindraf, N. Ganesan berkata, kedua-dua Umno dan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak mahu mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini yang menerukkan lagi perbilangan kaum di Malaysia.
"Senario ini sudah biasa. Isu ini dibangkitkan apabila ahli elit dan jawatankuasa datang bersertakan pegawai polis dengan waran tangkap. Semua masalah timbul dan diikuti dengan kecaman dari kedua-dua parti politik.
"Kemudian apabila tiba masanya untuk menyelesaikan masalah, kedua-dua pihak mengelak." katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysian (PBM) serta merampas lebih daripada 300 kitab bible Bahasa Melayu dan Iban oleh kerana ianya mengandungi kalimah Allah.
Ganesan dalam kenyataannya, menyarankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menasihatkan Jais untuk menarik balik dakwaan terhadap dua pegawai PBM itu.
Selain itu, beliau juga turut menyarankan bahawa kerajaan Pakatan Selangor harus meminda Enakmen 1988 Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama Bukan Islam) untuk meredakan konflik.
Ganesan juga turut menyamakan keadaan ini dengan perobohan kuil hindu yang dilakukan atas alasan undang-undang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di perhimpunan bulanan dipejabatnya, mengajak rakyat agar tenang dalam menghadapi isu ini.
Najib juga turut mengatakan bahawa perbincangan isu sensitif seperti ini harus dilakukan melalui dialog untuk mengekalkan keamanan negara. – 6 Januari 2014.