"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

MCA gesa kerajaan Selangor pulangkan Bible

8:30AM Jan 16, 2014             Sumber

MCA gesa k'jaan S'gor pulangkan Bible

MCA menggesa kerajaan Selangor supaya berhenti mengelak daripada bertanggungjawab dan memulangkan semula Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada Bible Society Malaysia (BSM).

Pengerusi Biro Keharmonian Agama parti itu, Ti Lian Ker berkata
walaupun kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu telah memberi versinya mengenai serbuan kontroversi tersebut, tetapi tiada apa yang disebut mengenai Bible dalam bahasa Melayu dan Iban yang dirampas itu, sama ada ia akan dipulangkan semula.

"Mereka perlu berhenti mengelakkan daripada tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat kerana ini bukan apa yang rakyat mahu lihat dari mereka," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga menggesa Pakatan agar berhenti mempertahankan diri mereka dan sebaliknya meminta maaf dan memulangkan semula Bible yang dirampas itu kepada BSM."

JAIS telah merampas 321 Bible dalam bahasa Melayu dan 10 Bible dalam bahasa Iban dalam serbuan terhadap BSM pada 2 Januari lalu - kedua-duanya mengandungi kalimah "Allah" sebagai terjemahan untuk "Tuhan".