"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Bible bahasa Melayu dirampas di PJ

3:00PM Jan 2, 2014

Bible berbahasa Melayu dirampas di PJ


Pejabat Bibles Society of Malaysia (BSM) di Petaling Jaya hari ini diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebanyak 321 Bible versi bahasa Melayu dalam 16 kotak dirampas.
 
Pihak yang terlibat menguruskan badan itu juga dijangka didakwa di mahkamah.
 
Pengerusi BSM Lee Min Choon, ketika dihubungi Malaysiakiniberkata, sepuluh Bible berbahasa Iban juga dirampas.
 
Dakwanya, seramai 15 pegawai JAIS tampil dengan agresif kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan cuba membuka pintu pagar premis itu.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku, tetapi saya rasa ia berkaitan dengan kemelut penggunaan kalimah Allah.

“Kami minta mereka tunjukkan waran dan dokumen berkaitan tetapi mereka menjerit kepada kami... Kami akhirnya benarkan mereka masuk ke dalam...,” katanya.

Lee berkata, beliau kemudian dibawa ke balai polis Damansara Utama, bersama dengan setiausaha BSM Simon Wong dan penguru pejabat Sinclair Wong.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi JAIS berhubung serbuan dan rampasan itu.