"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Jawapan kepada "Iktibar buat mereka yang murtad'

PENJELASAN POLEMIK TAJUDDIN OTHMAN ADDULLAH (THOMAS LAIDEN)

"Iktibar Buat Mereka Yang Murtad!"

[Perkara berkenaan sudah pernah dijelaskan 10 tahun yang lalu dan sekali lagi beberapa tahun yang lalu. Namun, orang-orang yang tidak bertanggungjawab terus-menurus memperjuangankan kepalsuan dan dengan sengaja berniat jahat untuk mengelirukan umat (Penuntut) kristian di sekolah-sekolah dan Institut pengajian tinggi. Murid-murid kristian di Negara kita sering memohon penjelasan dari pihak Gereja mengenai tohmahan ini. Oleh sebab itu, kami mengeluarkan kembali kenyataan ini untuk membetulkan ajaran dan tohmahan yang palsu dan yang tidak bertanggungjawab itu.]
Negara kita Malaysia adalah negara yang aman makmur di mana setiap warganegara yang berbilang kaum, agama dan perlbagai adat resam serta tradisi, hidup dalam keadaan yang aman damai. Kepelbagaian dan perbezaan tersebut telah menjadikan kehidupan kita berwarna-warni, hidup, dan menjadikan kita semakin dekat dengan sesama dan Sang Pencipta kita.
Namun sayang tidak semua orang berpendapat demikian. Ada saja pihak-pihak tertentu yang tidak suka menghormati orang yang tidak sealiran atau seagama dengan mereka. Dalam artikel singkat ini kami ingin membetulkan tohmahan yang dilontarkan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang terdapat dalam Majallh "MUSLIMAH" terbitan Februari 1999, bertajuk "Iktibar buat mereka yang murtad!"
Dalam artikel tersebut beliau mendakwa dirinya sebagai bekas seorang paderi katolik bernama paderi Thomas Laiden, berketurunan Solok. Beliau mengaku pernah belajar menjadi paderi di Vatiken Itali. Konon dia pernah bertugas di Vatiken dan seterusnya bertugas di Gereja St. Mary, di Kota Kinabalu pada tahun 1988. (Gereja St. Mary sebenarnya di Sandakan)
Perlu kami jelaskan di sini bahawa kami tidak pernah kenal seorang paderi yang bernama Thomas Laiden. Apalagi seorang paderi yang berketurunan Solok di negeri Sabah ini.
Melalui artikel tersebut menjadi jelas pada kami bahawa Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden adalah seorang pembohong kerana segala tohmahannya mengenai doktrin kristian katolik yang terdapat dalam artikel tersebut semuanya tidak benar. Segala tohmahan tersebut lebih bersifat rekaan semata-mata yang boleh menimbulkan provokasi kepada orang lain sekaligus memberi gambaran yang salah kepada kaum muslimin dan semua pembaca yang budiman tentang agama kristian katolik.
Besar kemungkinan penulis artikel tersebut hanya ingin menyampaikan mesej kepada kaum muslimin supaya tidak murtad. Tetapi kalau ya pun, janganlah menggunakan isu-isu agama orang lain. Agama apapun berpendapat bahawa berhohong itu dosa.
Jika benarlah kewujudan peribadi yang bernama Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden ini, maka kami berharap agar pihak Majlis Agama Islam Melaka di bahagian unit kristianologi, menyelidiki latar belakangnya terutama surat lahir dan Mykad supaya jangan sampai mereka pun ditipu oleh seorang "ustaz" murahan. Jika perlu kami sentiasa bekerja sama demi semangat berdialog ke arah keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.


Rev. Fr. Dr. Charles Chiew Keuskupan Keningau, Sabah