"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Sistem 1Malaysia, 2 “Allah” bukti kerajaan tidak hormat mahkamah, kata DAP

Sistem 1Malaysia, 2 “Allah” bukti kerajaan tidak hormat mahkamah, kata DAP
Sistem 1Malaysia, 2 “Allah” bukti kerajaan tidak hormat mahkamah, kata DAP
Sistem 1Malaysia, 2 “Allah” bukti kerajaan tidak hormat mahkamah, kata DAP
Sistem 1Malaysia, 2 “Allah” bukti kerajaan tidak hormat mahkamah, kata DAP


Sistem 1Malaysia, 2 “Allah” bukti kerajaan tidak hormat mahkamah, kata DAP

Keputusan Kabinet pada Rabu lalu yang membenarkan kalimah Allah boleh digunakan di Sabah dan Sarawak menunjukkan  Putrajaya sendiri tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, kata DAP.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar), berkata kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Kurup jelas mengelirukan rakyat kerana ia menunjukkan Malaysia mempunyai dua sistem undang-undang berbeza di Semenanjung Malaysia dan negeri-negeri Borneo.
"Sistem 1Malaysia, dua Allah yang dicadangkan oleh Kabinet Najib bukan sahaja tidak dapat dipertahankan, ia menunjukkan kerajaan tidak dapat menerima keputuan Mahkamah Rayuan dalam kontroversi kalimah Allah," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Pua berkata, pengumuman Kabinet tersebut membuktikan keputusan mahkamah baru-baru ini boleh dipertikaikan malah mengakibatkan berlaku perpecahan dalam negara.
"Apa yang paling penting dalam pengumuman kerajaan membenarkan mereka di Borneo menggunakan kalimah Allah adalah sokongan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan adalah sesat dan mengelirukan," katanya.
"Langkah itu akan memecah-belahkan negara dan pastinya mewujudkan satu kekeliruan besar dan wajar dihalang,” katanya.
Mahkamah Rayuan dalam keputusan baru-baru ini, sebulat suara menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah  Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada Tuhan bagi agama Kristian.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.
Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila KDN membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk  kepada Tuhan.
Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.
Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan  kalimah Allah oleh Herald.
Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana  agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni.
Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja  menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. – 18 Oktober, 2013.