Enam majlis agama Islam negeri dan satu badan Cina Muslim memohon kepada Mahkamah Persekutuan agar menggugurkan permohonan rayuan oleh Gereja Roman Katolik berhubung isu kalimah “Allah”.
Pihak berkenaan, dalam satu afidavit yang Afidavit yang diperolehi Malaysiakini menyebut,  persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Gereja Katolik tersebut dalam rayuannya gagal memenuhi syarat bagi mahkamah tertinggi tersebut memberi kebenaran untuk mendengar rayuan berkenaan.

Ia turut mengemukakan alasan bahawa Mahkamah Persekutuan patut mengambil kira keputusan sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan kerana telah melakukan mendapat pernyataan fakta bahawa Kementerian Dalam Negeri sejak 1986 hingga 2009 secara konsisten memberitahu ketua Uskup Roman Katolik bahawa penggunaan 'Allah' bagi ganti nama 'Tuhan' di mingguan Katolik 'The Herald' akan mengakibatkan “rasa tidak senang hati” di kalangan orang Islam Malaysia.

"Ini kemudiannya akan mempengaruhi keselamatan negara. Ia akan membuang masa mahkamah jika memberi kebenaran untuk mendengar rayuan.

"Lebih-lebih lagi, pemohon (ketua Uskup Roman Katolij) gagal membuktikan penggunaan nama 'Allah' dalam Bahasa Malaysia oleh komuniti Kristian di sini sejak turun-temurun dan bukannya 'God' (Tuhan) seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris," afidavit itu dipetik.

Majlis agama Islam terlibat dalam afidavit tersebut ialah Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Selangor.