"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Perkasa Selangor bantah kenyataan pengarang Herald


Perkasa Selangor bantah kenyataan pengarang Herald

Seramai 70 anggota dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, yang diketuai Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya, membuat bantahan secara aman di depan Ibu Pejabat Polis Daerah di Shah Alam hari ini.

Tunjuk perasaan itu berlangsung selepas Perkasa Selangor membuat laporan polis pada 2.30 petang terhadap Pengarang mingguan Katolik Herald Paderi Lawrence Andrew (gambar) berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya dalam The Malaysian Insider Jumaat lepas.
Andrew dipetik sebagai berkata Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.
Perkasa, dalam laporannya, meminta siasatan terperinci dan tindakan tegas diambil oleh pihak polis dan JAIS terhadap paderi itu serta Herald agar penggunaan kalimah Allah di gereja dalam negeri Selangor tidak diteruskan.
Polis mengesahkan menerima laporan Perkasa petang tadi. – Bernama, 29 Disember, 2013.