"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

"Kalimah Allah" boleh digunakan di Sabah dan Sarawak

Sumber

ISU KALIMAH ALLAH YANG DI PUTUSKAN MAHKAMAH RAYUAN .... KENYATAAN NAJIB YANG TIDAK DI KELUARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN!!!!





Akhbar Borneo Post terbitan hari ini bertarikh 18 Oktober 2013 mengesahkan bahawa kalimah Allah bebas digunakan di Sabah dan di Sarawak.

Hal ini disahkan oleh Najib berikutan timbul tanda tanya selepas Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menghalang The Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bahasa Melayu akhbar itu.

Pengharaman ini selari dengan skop penghakiman yang hanya terpakai dalam penerbitan The Herald saja bukannya dalam semua penerbitan atau di Sabah dan di Sarawak.

Adakah bagi mereka nama Allah hanya tercemar dalam penerbitan versi bahasa Melayu The Herald saja? Apakah tujuan pengharaman tersebut? Adakah kerana politik (undi) atau keyakinan dan keikhlasan mereka kononnya mahu menjaga nama Allah?

Nak tahu apa pandangan Noh Gadut dengan kenyataan Najib Razak ini? ... Sebab Najib secara terang-terang sudah mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan yang dikatakan oleh Noh Gadut siapa pertikai boleh jadi murtad dan kafir dan terpaksa mengucap dua kalimah syahadah balik.