"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Tekanan dari konservatif Islam,kumpulan bukan Islam memilih untuk keamanan


Tirai 2013 hampir berlabuh, sepanjang tahun Malaysia menyaksikan pelbagai peristiwa yang menonjolkan watak-watak sama ada memberikan inspirasi ataupun membawa kepada kehancuran. Walaupun sesetengah pihak pesimis dengan masa depan Malaysia disebabkan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 2013, masih ada individu atau kumpulan yang melakukan kerja-kerja baik dengan harapan dapat menyumbang kepada perubahan lebih besar. Dalam masa beberapa hari akan datang, The Malaysian Insider akan menyiarkan kisah individu atau kumpulan yang memberikan inspirasi kepada semua. Inspirasi Malaysia 2013 – kisah tentang orang-orang kecil melakukan perkara-perkara besar dengan niat untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik buat semua.
Malaysia selalu disebut sebagai model atau contoh bagi sesebuah negara yang mana masyarakatnya biarpun berbilang kaum, bangsa dan agama namun tetap hidup harmoni dan dilihat sebagai pendekatan menghalang berulangnya kembali rusuhan kaum sejak lebih dari 40 tahun lalu.
Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, wujudnya peningkatan daripada tindakan konservatif Islam terutamanya, dari dalam kerajaan yang memerintah apabila kumpulan tersebut sering meletakkan tekanan ke atas rakyat bukan Islam bagi negara yang majoritinya adalah Muslim.
Namun, bagi Majlis Perundingan Agama Buddha,Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menggelarkan mereka sebagai juara yang memperjuangkan keharmonian kira-kira 40% daripada 29 juta penduduk negara ini.
Presiden MCCBCHST Jagir Singh (gambar) berkata, senjata pilihan mereka adalah penglibatan aman dan keberkesanan komunikasi biarpun menghadapi waktu yang sukar untuk memperjuangkan hak kebebasan beragama di negara ini.
"Ia adalah tugas yang amat mencabar namun kita percaya pendekatan kuasa pujukan kepada pihak di sebelah sana ketika pertemuan dan dialog diadakan untuk menyelesaikan konflik yang timbul akibat daripada perbezaan dalam sebuah masyarakat majmuk," katanya.
"Kita percaya bahawa perpaduan masih boleh dibentuk biarpun  Malaysia mempunyai kepelbagaian kepercayaan dari segi agama," kata Jagir yang dilantik sebagai Presiden pertubuhan berkenaan Julai lalu.
Beliau mengakui wujudnya waktu yang sukar apabila pertubuhan itu terpaksa menghadiri sehingga 10 mesyuarat tertutup berkaitan untuk membincangkan perkara sensitif seperti kesan kepada individu yang bukan Islam memeluk Islam.
"Kami tidak mendapat hasil yang diharapkan ini apabila wakil daripada kumpulan  Islam selalunya akan berkeras dengan pendirian mereka menggunakan alasan  Islam adalah agama rasmi di negara ini, "katanya.
Jagir berkata MCCBCHST  boleh memilih untuk tidak melibatkan diri dalam menghadiri pertemuan tersebut, bagaimanapun ia tidak akan membawa sebarang erti dan perjuangan bagi pertubuhan tersebut.
"Kami akan kembalikan kes kami dan berharap pihak disebelah sana memahami mengenai kedudukan kami dan saya juga percaya kepada saluran komunikasi haruslah sentiasa terbuka setiap masa," katanya
Jagir, yang juga merupakan seorang peguam berkata, penyelesaian mengenai pebezaan kepercayaan agama dapat ditangani sekiranya diberikan ruang dan masa bagi percanggahan pendapat keagamaan yang diselesaikan dengan cara rasional.
"Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti negara luar yang lain berpecah belah akibat dari konflik agama, dan inilah peranan MCCBCHST yang akan terus menuntut hak kesamaan agama daripada pihak berkuasa," katanya.
Jagir berkata lagi, badan berkenaan sebagai kumpulan pendesak, pemimpinnya perlulah sentiasa berhati-berhati dan tahu menghormati peraturan undang-undang.
Beliau turut dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Rundingan Perpaduan Nasional iaitu sebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menasihati hal-hal melibatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.
"Kami berharap untuk menggunakan forum ini bagi memberikan pandangan kami dan salah satu tempat untuk memupuk perpaduan mestilah di sekolah, "katanya.
Ditubuhkan 30 tahun lalu, MCCBCHST telah melalui perjalanan panjang sebagai organisasi yang terlibat dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan tanah membina rumah berhala dan tanah perkuburan.
Selain daripada terlibat dengan kumpulan muslim dan pegawai-pegawai kerajaan dalam perbincangan, MCCBCHST juga akan menggunakan peluang untuk membabitkan diri dengan apa sahaja program dimana kehadiran mereka dapat dirasai.
Salah satu kejayaan pertubuhan itu ialah pada Julai lalu, apabila  MCCBCHST berjaya mempengaruhi keputusan  Putrajaya untuk menarik balik pindaan parlimen berkenaan dengan Pentadbiran Undang-undang Islam bagi Kerajaan Persekutuan yang membenarkan ibu bapa yang telah bercerai untuk menukar agama kanak-kanak bagi yang berumur 18 tahun kebawah.
Antara lain ialah memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengistiharkan mereka daripada agama lain yang memeluk Islam semasa hidupnya perlulah menentukan status agamanya sekiranya orang itu telah meninggal dunia.
"Kita berjumpa dengan ahli Parlimen Barisan Nasional dan menerangkan kepada mereka apakah kesan sekiranya parlimen meluluskan rang undang-undang tersebut.
Kami telah berhujah sebaik mungkin terhadap kes ini agar ahli parlimen memahami atas sebab apa kami membantah.
Julai lalu MCCBCHST juga telah menyumbangkan peranan  apabila berjaya mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi di Ipoh  dalam kes mengenepikan penukaran agama tiga kanak-kanak yang telah dilakukan tanpa kebenaran ibunya.
"Bagi kes ini, kami mewakili seorang peguam dari panel undang-undang untuk MCCBCHST berhujah kes itu, " kata Jagir.
Gereja Roman Katolik kini telah membawa isu penggunaan kalimah Allah terhadap mahkamah persekutuan sama ada akhbar mingguan Katolik, Herald, dibenarkan untuk meletakkan perkataaan Allah dalam terbitan bahasa Malaysia.
"Kita telah mengambil pendirian yang tegas berhubung isu ini, kami berharap Mahkamah Persekutuan dapat mempertimbangkan isu ini dengan adil dan tegas yang berpaksikan hak kebebasan beragama rakyat," katanya.
Beliau berkata apa saja keputusan hasil dari perjuangan tersebut, organisasi itu telah bersedia untuk menyatakan sokongan dan kerjasama kepada Putrajaya untuk memelihara  keharmoninan agama sekiranya alternatif lain dapat ditemui. – 30 Disember, 2013.