"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Segerakan bertindak terhadap Al Islam

Kandungan

1) Segerakan bertindak terhadap Al Islam
2) Batal ke KDN isu Al Islam hina Katholik




Segerakan bertindak terhadap Al Islam
Jimadie Shah Othman | Aug 20, 09 1:01pm
Aktivis Katholik, yang masih tidak berpuas hati atas ketiadaan tindakan terhadap Al Islam, hari ini membuat desakan agar polis menyegerakannya berhubung dakwaan menghina agama itu.

Sudhagaran Stanley dan rakannya Joachim Francis Xavier menghantar sendiri surat gesaan ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.

Kedua-duanya, yang berasal dari Pulau Pinang, ditemani oleh seorang peguam Annou Xavier.
__________________________________________

Batal ke KDN isu Al Islam hina Katholik
Jimadie Shah Othman | Aug 13, 09 11:22am
kemaskini 2.44pm Sekumpulan penganut Katholik terpaksa menangguhkan hasrat ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantah kelewatan tindakan terhadap Al-Islam susulan "respons tidak dijangkakan", termasuk bimbang ia bertukar demonstrasi.

"Dengan berat hati, saya maklumkan bahawa penyerahan memorandum kepada KDN berhubung isu Al-Islam ditunda (tarikhnya) ekoran respons yang diterima Persatuan Peguam Katholik (CLA) daripada pihak yang tidak berpuas hati, yang menyangka kami (orang Kristian) sedang berdendam dengan orang Islam.

"Mereka menyuarakan perasaan tidak senang dengan cara rancangan itu ditonjolkan, dengan mempertimbangkan keselamatan pihak terbabit," kata aktivis agama itu K Sudhagaran Stanley.

Penyerahan yang dijadual di Putrajaya, Isnin ini, ditunda seperti dimaklumkan dalam satu kenyataannya petang semalam – beberapa jam selepas Malaysiakini memberitakan perkembangan tersebut.

Sudhagaran semalam berkata, kumpulan penganut Katholik masih tidak berpuas hati dengan kelewatan tindakan terhadap majalah itu - terbitan anak syarikat kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad.

Walaupun siasatan polis telah selesai, tiada sebarang tindakan diambil, tambahnya.

Pada 8 Julai lalu, beliau dan rakannya Joachim Francis Xavier membuat aduan polis berhubung isu penyamaran Muhd Ridwan Abdul Jalil sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam.

Tindakan wartawan itu mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur – termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi.

Dalam kenyataan terbarunya, Sudhagaran juga berkata, CLA yang merancang penyerahan memorandum itu bimbang hasrat mereka itu akan bertukar menjadi demonstrasi.

"Walaupun program tersebut di Kuala Lumpur, ia mendapat sambutan sehingga ke Pulau Pinang. Sesetengah gereja telah mencetak kain rentang dan poster sebagai persediaan (ke Putrajaya).

"Bagaimanapun, CLA berpandangan, bahawa program itu tidak seharusnya bertukar kepada perhimpunan awam yang mungkin mengundang kesan yang tidak diingini," katanya.

Sudhagaran juga berkata, rancangan menyerahkan memorandum itu akan ditunda ke suatu masa yang akan diputuskan kelak.

"(Ini) tidak bermaksud perkara itu sudah selesai dan sampai ke penghujungnya," katanya.

Beliau dan Joachim akan bermesyuarat dengan CLA di pejabatnya di Kuala Lumpur, Isnin ini, bagi membincangkan strategi seterusnya supaya KDN memberikan perhatian lebih serius terhadap aduan masyarakat Katholik.
_______________________________________________