"MAAF YA.........UNTUK DIKALANGAN BUKAN ISLAM SAHAJA"......

Pastoral letter from Bishop Dtk Cornelius Piong

Dear Friends,

Bishop Dtk Cornelius Piong has come up with a pastoral letter to the Umat of Keningau Diocese, among others, addressing the issue "ISTILAH 'ALLAH' DALAM PENERBITAN MAJALAH KRISTIAN". Below is the excerpt:

"Istilah 'Allah' nenurut Kementerian Dalam Negeri Malaysia tidak boleh digunakan oleh umat Kristian dengan alasan boleh mengelirukan orang-orang Muslim. Akan tetapi bagi kita, orang-orang di Sabah tidak pernah dipersoalkan penggunaannya oleh mana-mana pihak dari lain agama mahupun keturunan. Sejak pandai bercakap saya sendiri sudah mendengar dan menggunakan istilah "Tuhan Allah". Hanya pada masa kini istilah "Allah" menjadi perkara "sensitif" terpaksa dibawa ke mahkamah dan mengakibatkan majalah Katolik Mingguan Herald tidak dibenarkan penerbitan Bahasa Malaysia. Larangan tersebut adalah sangat menyedihkan dan merugikan kita bangsa Malaysia. Semangat kekeluargaan dan muhibah kita orang-orang Sabah dari berbagai keturunan dan agama pun cuba diracuni oleh pandangan sempit dan sikap mementingkan diri sendiri dari pihak atasan. Apakah kita mahu tunduk kepada pandangan sempit dan sikap mengasingkan ini? Semangat kesatuan dan kekeluargaan antara kita rakyat yang berbilang kaum dan agama hanya akan lahir sekiranya ada sikap saling menghormati dan menerima di antara kita apa adanya. Namun demi keadilan pihak Gereja Katolik terpaksa membawa hal ini ke mahkamah. Sama-samalah kita bawa dalam doa agar kerajaan kita sentiasa jujur, adil dan berani menegakkan dan hak asasi untuk semua lapisan rakyat Malaysian."

This letter will be included in Keningau Diocese' Parish bulletin this Sunday dated 25/1/09. It will also be featured in HERALD soon!